Apakah Tips Untuk Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa?
Dalam Bulan Puasa, adalah amat penting untuk kawan-kawan Muslim mengambil air yang mencukupi sewaktu bulan puasa supaya kita tidak terdehidrasi.
Minum air yang mencukupi sangat penting untuk kita mengekalkan kesihatan tubuh badan kerana ia membantu melancarkan sistem perkumuhan dan membuang toksin dalam badan.
Kita digalakkan untuk mengambil air kosong / masak sekurang-kurangnya 2-3 liter setiap hari. Kalau hari-hari yang tak berpuasa sebenarnya kita nak habiskan 2-3 liter sehari senang sahaja sebab boleh minum bila-bila waktu. Tapi, macam mana pula kita nak habiskan 2-3 liter sehari pada hari kita berpuasa sedangkan kita hanya boleh makan dan minum dari waktu berbuka sehingga sahur sahaja?
Caranya adalah kita minum:
1 gelas selepas bangun dari sahur (before makan)
1 gelas selepas makan sahur
1 gelas lepas azan maghrib
1 gelas lepas solat maghrib
1 gelas lepas makan
1 gelas lepas solat isyak
1 gelas lepas solat terawikh
1 gelas sebelum tidur
Dengan cara demikian, memang kita boleh minum air lebih dari 8 gelas sehari.
Selamat Berpuasa!!!