5 MITOS DIET YANG ANDA PERLU BACA !!!
5 MITOS DIET YANG ANDA PERLU BACA !!
Post panjang tapi menarik......
1. NASI 🍚🍚🍚 MENGGEMUKKAN?
Salah ! Ramai yang beranggapan bahawa nasi tidak boleh diambil ketika berdiet terutamanya pengamal Diet Atkin (pada fasa induksi). Cuba anda bandingkan nilai kalori satu senduk nasi = 75kcal dan satu kotak mancis isi ayam = 65kcal. Berapakah perbezaan nilai kalori bagi keduanya? Hanya 10kcal sahaja. Maka, berbaloikah anda meninggalkan nasi yang berperanan sebagai sumber tenaga utama kita dan menggantikan dengan pengambilan lauk pauk yang banyak? Ingat, kunci utama untuk berdiet adalah jumlah kalori (kcal) yang anda ambil dalam masa sehari.
2. MINUM AIR LIMAU / LEMON UNTUK MENGHAKIS LEMAK?
Ya, mitos ini adalah yang paling famous anda dengar setiap kali menghadiri parti BBQ. Konsep air limau atau lemon yang digunakan untuk menghakis kotoran di sinki rumah anda TIDAK BOLEH disamakan dengan cara penghakisan lemak didalam badan. Lemak tepu didalam badan hanya boleh dilupuskan dengan cara membakarnya melalui senaman sahaja. Tiada ubat atau jus yang boleh memecahkan lemak tepu didalam badan melainkan senaman ya!
3. AIR BATU MENGERASKAN LEMAK / MAKANAN? 💦
Mungkin ada yang berimaginasi bahawa ais akan mengeraskan lemak atau makanan didalam perut seperti peti ais rumah anda. Anggapan seperti ini juga adalah salah ! Ais hanyalah berasal daripada air biasa dan akan bertukar suhu apabila masuk ke dalam perut. Cuba bayangkan jika suhu ais tersebut kekal seperti semasa anda minum pada mulanya, sudah pasti mulut anda akan mengeluarkan asap kepul-kepul kerana persekitaran yang sejuk didalam perut. Hehe. Yang mengekalkan lemak di dalam badan adalah disebakan oleh pengambilan lemak tepu yang banyak. Jangan salahkan air batu pula ya.
4. MAKAN UNTUK KURUS ATAU UNTUK SIHAT ? 🙌
Okay, disini saya ingin anda membandingkan bagaimana cara pemakanan individu yang ingin kurus dan ingin sihat. Corak pemakanan individu yang ingin kurus biasanya kurang sihat berbanding individu yang makan untuk sihat. Sebagai contoh, kedua-dua kumpulan mengambil 1200kcal sehari tetapi jenis makanan bagi kelompok yang ingin kurus mungkin banyak daripada jenis makanan segera, lemak, atau gula. Manakala, golongan yang makan untuk sihat lebih cenderung untuk mengambil makanan daripada sumber yang lebih sihat seperti karbohidrat, protein, lemak, serat, dan tenusu.
5. ORANG KURUS SIHAT 👍, ORANG GEMUK TAK SIHAT 👎?
Sebenarnya ia bergantung kepada corak pemakanan anda, tidak kiralah anda gemuk ataupun kurus. Individu gemuk tidak semestinya mempunyai bacaan kolesterol atau gula yang lebih tinggi berbanding individu kurus. Cara pemakanan adalah penyumbang utama kepada penyakit bukannya saiz badan. TETAPI, harus diingat. Corak pemakanan yang salah seperti makan berlebihan boleh menyumbang kepada kegemukan. Dan sebab itulah ramai yang mengaitkan golongan berbadan besar dan penyakit. Konsepnya, pemakanan anda menentuan kesihatan anda dimasa akan datang.