Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
Pernahkah anda ambil tahu tentang polisi ini? Apakah polisi ini?
Sebenarnya polisi ini mengalakkan semua ibu untuk menyusu anak-anak mereka dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur enam bulan dan meneruskan sehingga mencapai umur dua tahun. Sekiranya anak yang diyusui susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan, tidak diperlu diberikan air masak.
Selain itu, makanan pelengkap adalah perlu diberikan mulai umur enam bulan.
Di sini, saya juga ingin kosingkan kebaikan menyusu anak kepada ibu and juga anak anda.
1) Untuk bayi: • Menguatkan sistem imuniti tubuh bayi • Mengandungi nutrient yang lengkap • Mudah dihadam • Bebas daripada jangkitan bakteria • Menguatkan hubungan ibu dan bayi • Meningkatkan kecerdasan bayi
2) Untuk ibu: • Mengecutkan Rahim • Mengembalik rahim kepada saiz asal • Mengurangkan pendarahan selepas bersalin • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal • Mengurangka risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Kesimpulannya, penyusuan susu ibu terdapat banyak kebaikan kepada ibu dan juga bayi. Oleh itu, saya berharap ibu-ibu yang baru melahirkan anak atau mereka yang merancang untuk melahirkan anak boleh menyambut saranan ini bersama-sama.