Mitos Air
Minum air boleh kurus? Air boleh tambahkan berat anda? Mana satu auta mana satu fakta?
Sebenarnya air mempunyai banyak kegunaan dalam badan manusia. Antaranya ;
1) Menjaga organ dan juga tisu-tisu dalam badan. 2) Mengekalkan suhu badan yang normal. 3) Mengelakkan dehidrasi 4) Menjaga buah pinggang anda daripada rosak akibat dehidrasi 5) Mengawal selera makan
Dimanakah sumber air anda boleh dapat?
Anda boleh dapat sumber air dari air minuman, air mineral, buah-buahan (tembikai, betik dan lain-lain) dan juga sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang perlu diminum?
30 ml x berat badan anda (kg). Sebagai contoh, jika berat anda 50 kg. jadi keperluan anda ialah 1500 mL air sehari.
Untuk mereka yang bersenam dan bekerja dalam cuaca yang panas dan kuat berpeluh ataupun yang mengalami symptom-simptom dehidrasi seperti kering bibir, dahaga dan sebagainya, perlu mengambil lebih air dari keperluan normal. (tambah 500mL – 1 Liter dari keperluan biasa).
Sebenarnya air tidak membuatkan anda gemuk kerana badan manusia sentiasa akan mengeluarkan air yang diminum melalui peluh, air kencing dan sebagainya. Bahkan, lemak yang berperanan menjadikan berat anda susah nak turun. Jadi kawal lah pengambilan lemak dan minumlah air secukupnya.
Selain itu, air juga boleh membantu menambahkan berat anda bagi anda yang berusaha untuk menaikkan berat badan. Bagaimana? Air akan disimpan sedikit sebanyak di dalam otot keseluruhan badan. Jadi, dengan pengambilan protein yang mencukupi dan senaman yang bersesuaian, ia akan membantu untuk menaikkan berat anda dan mengekalkan kepadatan otot anda.
Berjaga-jaga dengan pengambilan air yang mengandungi gula berlebihan seperti air berkarbonat, air kordial kerana ia akan memberikan kalori berlebihan yang akan membuatkan anda gemuk! Sila baca label pemakanan di setiap botol air yang anda minum.