top of page

Bagaimana untuk memastikan keluarga anda memenuhi keperluan nutrisi seharian?


👩‍🍳WANITA memainkan peranan yang sangat penting dalam institusi sebuah keluarga.


Terutamanya dalam cara memilih makanan yang sihat bagi seluruh ahli keluarga.


Bagaimana untuk memastikan keluarga anda memenuhi keperluan nutrisi seharian?


Jawapannya ialah dengan membeli belah secara sihat.


1) Gunakan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan semasa membuat pemeriksaan bekalan makanan. Pastikan terdapat sekurang-kurangnya SATU bahan makanan dari setiap kumpulan makanan dan senaraikan bahan makanan yang perlu dibeli mengikut keperluan.



Aras pertama piramid makanan (Nasi,mi,roti,bijirin dan ubi).


🚫Kurangkan:

-Mee Segera -Pasta dengan sos putih (Carbonara) -Roti putih -Bijirin berperisa

🥪Pilihan yang lebih sihat:

-Beras perang -Mee (mihun,spaghetti,macaroni) -Pasta dengan sos merah (Prego) -Roti bijirin penuh -Bijirin asli



⛔FAKTA PENTING!⛔


Beras perang tinggi kandungan serat dan vitamin serta mineral. Roti bijirin penuh mempunyai lebih serat berbanding roti putih serta glycaemix index yang rendah. (GI: berapa pantas karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras gula dalam darah)



Aras kedua piramid makanan (buah-buahan & sayur-sayuran)


-Bagi pilihan yang lebih sihat pelbagaikan warna buah-buahan dan sayur-sayuran anda. -Jangan hanya memilih satu jenis buah dan sayur sahaja.



⛔FAKTA PENTING!⛔

“Jika buah di dalam tin, pilih yang disimpan didalam air atau jus, elakkan buah bersama sirap dan tambahan gula.”

Sumber : (U.S. National Library International Medicine, 2016)



Aras ketiga piramid makanan (Ikan,ayam,telur,daging dan kekacang)


🚫Kurangkan:

-Ayam dengan kulit -Sosej -Tuna dalam minyak -Ikan sejuk beku dipenuhi serbuk roti (nugget)

*sila rujuk gambar di bawah

🍗Pilihan yang lebih sihat:

-Ayam tanpa kulit -Tuna dalam air -Ikan tanpa serbuk roti



⛔FAKTA PENTING!⛔


🐟Ikan

Ikan kebanyakannya rendah kandungan lemak. Ikan perlu di ambil setiap hari.

Ketika membeli ikan pula pilihlah ikan yang kulitnya berkilat dan cerah ,mata jernih bercahaya, insang berwarna merah cerah, tidak berbau busuk serta mempunyai isi yang pejal dan anjal.


🥩Daging

Daging segar pula mestilah berwarna merah cerah, tidak berbau busuk, tidak berlendir serta tidak banyak lemak.

Pilih ayam yang kulitnya berwarna cerah dan tidak lebam serta mempunyai isi yang pejal dan anjal . Daging dan ayam merupakan sumber zat besi yang baik.


🥜Kekacang


Kekacang seperti kacang dal , kacang hijau , tempe , tauhu dan susu kacang soya boleh dijadikan sebagai pengganti sebagai hidangan ayam atau daging. Apabila membeli kekacang pilih lah kekacang yang tidak basah, reput ,berkulat dan tidak mengandungi serangga atau bahan asing.


🍤Udang


Udang segar pula mempunyai kulit yang berwarna cerah dan bersinar kepala tidak tertanggal ,tidak berbau busuk serta mempunyai isi yang pejal dan anjal.



Aras ketiga piramid makanan (Susu dan produk tenusu)


🚫Kurangkan:

- Susu sejat penuh krim - Susu (whole milk) - Krim masam (Sour cream) - Krimer bukan tenusu (cecair, serbuk)


🥛Pilihan yang lebih sihat:

- Susu sejat tanpa lemak atau kurang lemak (2%) - Susu rendah lemak (1%), kurang lemak (2%), atau susu bebas lemak (skim) - Yogurt berperisa asli rendah lemak - Susu tepung rendah lemak



2) Pilih produk kurang garam, gula dan sos (Baca label makanan)

Utamakan makanan yang segar dalam senarai membeli belah anda, elakkan membeli makanan dalam tin kerana biasanya ia tinggi kandungan garam serta bahan perasa tiruan sekiranya anda ingin membeli makanan dalam tin, periksa tin tersebut dan pastikan tiada tanda-tanda menggelembung kemek atau karat elakkan membeli makanan dalam tin yang mempunyai tanda-tanda tersebut.



3) Amalkan membaca label serta fahami label pada produk (sila rujuk gambar di bawah)


- Memberi maklumat tentang kandungan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut, buat perbandingan untuk memilih produk yang mengandungi kurang lemak, gula dan garam - Senarai ramuan disusun mengikut kuantiti iaitu yang paling banyak dilabel sebagai ramuan pertama



4) Kira keperluan kalori anda sendiri. Bagaimana?

📲Kini segalanya di hujung jari anda. Muat turun aplikasi "MyNutriDiari" di Google Play. (Sila rujuk gambar di bawah untuk penerangan lanjut)

MED Your Life
​健康药分享

【健康药分享 MED Your Life】,

是马来西亚获政府认证的

专业药剂师、营养师及

饮食治疗师,一起配合、

撰写及特别推荐的

健康资讯网。


健康,是福分,是无价的。

祈望所提供的健康资讯,

让大家受益无穷。

祝福大家拥有一个健康人生。

 

Med Your Life. 
Healthy, it's a blessing and priceless.

Wishing you have a healthy LiFE forever!!!

Post Category

Top 5 

Recommended Product

59765_Metabolic-VCO_1.jpg
53814_Metabolic-Sauver_1.jpg
61867-01.jpg

Visitors

Let's go for a healthy and vibrant world together!

Never miss an update

Name

Email

VEGESORB MOISTURISING CLEANSING.jpeg
bottom of page