Teh Halia ~ Sihat Untuk Badan?
Halia (nama saintifik Zingiber officinale) dipercayai wujud sejak 5000 tahun lepas dan digunakan secara meluas dalam dunia.
Halia mempunyai banyak khasiat untuk wanita khususnya, tapi pernahkan anda terfikir apakah yang ada dalam halia? Jawapannya adalah gingerols dan shogoals! Cara mudah adalah dengan minum teh halia, di mana kita boleh mendapatinya dalam bentuk serbuk dalam pasaran.
KEBAIKAN:
1. Mengurangkan loya dan muntah
Biasanya berlaku pada trimester pertama semasa mengandung (morning sickness), bahan gingerol dalam halia dibuktikan boleh mengurangkan loya sebanyak 75% dalam kalangan wanita mengandung. Ia juga berkesan untuk melegakan loya semasa mabuk laut, rawatan kimoterapi dan selepas menjalani pembedahan. Halia tidak membawa kesan buruk terhadap bayi, usah risau!
2. Antioxidan yang boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan
Adakah anda tahu wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami masalah osteoarthritis berbanding dengan lelaki? Salah satu makanan yang boleh membantu mengurangkan kesakitan adalah halia kerana ia mengandungi 6-Shogaol yang mempunyai ciri-ciri antioxidan dan anti-radang.
3. Mengatasi masalah period pain
Pengambilan halia boleh mengatasi masalah wanita yang mengalami period pain, perut kembung dan kejang di bahagian perut dan keberkesannya standing dengan ubat penahan sakit. Selain itu, halia juga menunjukkan hasil yang positif terhadap individu yang mengalami masalah migrain, terutamanya pengambilan halia pada awal migrain ringan.
4. Membantu dalam pengawalan berat badan
Unsur zingerone dan gingerol dalam halia boleh meningkatkan penghasilan tenaga daripada makanan dan mengurangkan perasaan lapar. Jadi, ia juga membantu dalam pengawalan tahap gula dan lemak dalam darah, dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
Berapakah yang perlu anda minum? ==> 1 hingga 2 cawan sehari
Kebanyakan orang akan campur madu atau gula bersama halia segar untuk rasa yang lebih baik. Tambahan pula, meletakkan halia dalam teh hijau juga salah satu idea yang baik.
*Jangan tambah gula lagi jika serbuk halia tersebut telah ditambah gula.
Nikmati teh halia untuk kesihatan anda. ;)