SENANG LUPA? Rupa-rupanya Ini Dapat Membantu Anda
Adakah anda perasan sejak kebelakangan ini anda senang lupa?
Sering terlupa dimana anda meletakkan barang?
Lupa kala Laluan? Lupa Apa Yang Perlu Dilakukan?
Sedarkah anda, bahawa perkara ini boleh diatasi dan diperbaiki?
【5 Strategi Untuk Meningkatkan Daya Ingatan】
1. Bersenam dan mengamalkan aktiviti fizikal secara rutin
Berjalan, berenang, boleh meningkatkan oksigen dalam badan dan meningkatkan kadar ingatan.
2. Pengamalan Supplemen Omega 3
Omega 3 mengandungi DHA yang mampu meningkatkan daya ingatan dan memperbaiki daya konsentrasi dalam harian. Omega 3 boleh didapatkan daripada makanan laut seperti ikan, benih chia ataupun supplemen.
3. Ginkgo Biloba
Daun Ginkgo terbukti memperbaiki peredaran darah maka meningkatkan daya ingatan. Selain itu, sifat anti-oksida yang kuat juga dapat mencegah kerosakan sel-sel badan.
4. Tidur dan rehat yang cukup
Sekiranya anda boleh tidur sekejap (tidak melebihi 30 minit) pada waktu siang, ia boleh menenangkan pemikiran dan tumpuan pemikiran. Seandainya anda perlu fokus waktu yang panjang pada waktu kerja, amalkan pengambilan air putih yang kerap. Dehidrasi juga adalah punca am seseorang tidak dapat fokus dalam kerja.
5. Kurangkan lemak dalam diet
Pengambilan lemak tepu seperti makanan goreng, krim, daging merah meninggikan keradangan dalam badan. Ia juga akan meninggikan kadar oksida dalam sel yang boleh memudaratkan kesihatan.