Ingin Jaga Badan? Basmilah Cacing Dalam Badan!
Sejak kebelakangan, laman media social heboh dengan video di mana seorang doktor mengeluarkan cacing perut dari tubuh seorang pesakit. Apa yang dipaparkan amat mengerikan tetapi ini adalah peringatan buat masyarakat bahawa masalah kecacingan bukan hanya khusus kepada kanak-kanak sahaja.
Namum, acapkali apabila diajukan soalan berkenaan pengambilan ubat cacing, majoriti individu dewasa tidak dapat mengingati bilakah tarikh terakhir mereka mengambil ubat tersebut.
Golongan dewasa secara amnya adalah lebih besar, maka banyak gejala sukar dikesan. Sebuah laporan menunjukkan 90% rakyat Amerika mengalami masalah kecacingan tetapi hanya segelintir yang melakukan rawatan kerana tidak merasa apa-apa kesan sampingan dalam kehidupan harian.
Dari Mana Cacing Datang?
Telur cacing banyak ditemui di daun-daun sayuran atau buah-buahan, daging atau masakan laut yang masih mentah, tanah dan air. Telur cacing tidak boleh dilihat dengan mata kasar, apabila tertelan, telur akan menetas di dalam usus. Anak cacing amat halus dan mampu menembusi saluran darah dan masuk ke peparu diserang anak cacing, mangsa akan mula batuk, anak cacing yang berada di anak tekak masuk kembali ke perut dan terus membesar.
Cacing boleh hidup selama 2 tahun, dan boleh bertumbuh panjang sehingga 35cm! Apabila keluar dari badan, ia mampu hidup tanpa perumah selama 2 minggu. Golongan yang suka makan makanan mentah seperti “sushi” ataupun ulam mempunyai risiko yang amat tinggi. Bukan itu sahaja, makan dengan tangan ataupun mempunyai kuku yang panjang adalah cara yang paling mudah telur caacing masuk ke badan. Air yang tidak masak ataupun cara penyediaan makanan yang kurang bersih juga menyumbang kepada risiko kecacingan.
Ramai mempunyai tanggapan bahawa gejala cacing hanya kegatalan di anus, ini tidak benar.
*Selera makan berubah, senang rasa kembung perut, sembelit.
Cacing memerlukan nutrisi untuk membesar, ini akan menyebabkan seseorang senang rasa lapar. Pada masa yang sama, cacing juga akan menjanakan sisa-sisa toksin dan gas yang menyebabkan ketidakselesaan.
*Kekurangan darah, ataupun badan senang rasa letih
Cacing adalah sejenis parasite. Ia akan menyerap kandungan nutrisi seperti besi menyebabkan individu itu mudah kekurangan sel darah merah. Toksin-toksin juga akan menyebabkan badan mudah berasa letih. Gejala ini lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan menjadikan tumpuan pembelajaran menurun, imunisasi badan juga akan berkurang.
*Batuk kering yang tidak dapat pulih dan tiada sebab tertentu.
Apabila anak cacing menembusi saluran darah dan masuk ke peparu, ia akan menyebabkan keradangan lalu orang tersebut akan mula batuk. Janganlah mengambil ubat batuk secara melulu dan berterusan tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi.
*Kulit sering naik radang
Apabila kuantiti toksin daripada cacing semakin meningkat, akan menyebabkan keradangan kulit. Ramai yang mencuba pelbagai cara untuk “detoks” dan lupa akan langkah pertama yang sepatutnya dilakukan iaitu memastikan keadaan tersebut bukanlah disebabkan cacing melalui pengambilan ubat cacing.
Bagaimana Menghapuskan Cacing?
Ubat cacing boleh dibeli daripada farmasi berdaftar. Kanak-kanak yang melebihi 2 tahun sudah boleh diberi dos yang sama seperti dewasa, kecuali sekiranya berat dos yang sama seperti dewasa, kecuali sekiranya berat kanak-kanak tidak mencapai tahap yang normal. Secara amnya, ubat cacing adalah selamat kecuali kepada golongan yang mengandung, bersedia untuk mengandung dan bayi kurang daripada 6 bulan. Golongan tersebut perlu dirujuk kepada doktor sebelum mengambil ubat cacing.
Cacing paling aktif waktu malam, pengambilan ubat cacing digalakkan sebelum tidur. Aktiviti ini haruslah dijalankan seisi keluarga untuk mengelakkan masalah jangkitan berulang bagi penghuni seisi rumah. Sekiranya tiada gejala kecacingan, ubat cacing patut diambil sekurang-kurangnya setahun sekali.