Gaya Hidup Sifar Sampah?
Konsep Sifar Sampah bukanlah satu konsep yang baru.
Walaubagaimanpun, konsep ini kerap diabaikan oleh masyarakat dan ramai orang gagal mengenali kepentingan konsep sampah sifar ini.
Kebelakangan ini, konsep ini diutarakan sekali lagi sempena kempen ‘No Plastik Day’ yang diadakan di Selangor dan Melaka. Konsep ini adalah selari dengan konsep kesihatan yang sentiasa diamalkan oleh Farmasi Alpro.
Konsep ini bermula di Farmasi Alpro daripada idea Cik Elsey Liow. Beliau merupakan seorang yang mengamalkan konsep LOHAS (Lifestyles of Health and Sustainability). Hobi beliau adalah melancong secara ‘Backpack’. Pengalaman melancong secara ‘Backpack’ di merata tempat termasuk di negara yang mundur seperti Nepal, Laos, dan lain-lain menginsipirasikan beliau mengamalkan gaya hidup minimalist dan LOHAS.
Apakah yang dimaksudkan Gaya Hidup Sifar Sampah? Adakah konsep ini bermaksud dengan gaya hidup tanpa sebarang sampah? Tidak, tetapi ia boleh dijalankan dengan mengurangkan penjanaan sampah. Selain itu, konsep ini boleh diterapkan dengan melakukan pengasingan sampah dan mengutamakan 3R iaitu Reduce, Reuse & Recycle. Konsep ini juga boleh diamalkan dengan membawa bekal sendiri untuk membungkus makanan, membawa beg kitar semula semasa membeli belah, atau memilih barangan yang dibungkus dengan bahan kitar semula.
Cik Elsey Liow telah mencadang kepada pihak pengurusan Alpro supaya menghasilkan beg kitar semula yang boleh bertahan lama dan membawa mesej yang positif kepada masyarakat. Idea yang diberikan oleh beliau telah menghasilkan Shopping Beg ‘No Fake Stuff’ dan beg ini telah diedarkan di setiap cawangan Farmasi Alpro.
‘Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza terhadap sampah. Bagi saya, selagi barang tersebut dapat digunakan semula, ia tidak boleh dianggap sampah, malah ia dapat berfungsi sebegai barangan yang berguna dalam situasi lain. Dengan cara ini, saya dapat mengurangkan penjanaan sampah dalam kehidupan saya. Maka saya pun mengemukakan idea saya kepada pihak atasan di dalam mesyuarat bulanan. Walaupun, terdapat pihak yang tidak menyokong idea ini, tetapi dengan hasrat dan tekad yang kuat maka lahirlah Beg ‘No Fake Stuff’, kata Cik Elsey Liow.
Untuk menanamkan tabiat baik ini dalam kalangan masyarakat, pereka seni grafik Alpro, pasukan pemasaran dan Cik Elsey Liow telah bersama-sama menyumbangkan idea untuk menghasilkan rekaan grafik yang bermakna dan membawa mesej positif.
Cap jari merupakan satu identiti unik yang tidak dapat diganti. Oleh itu, kami mendapat idea untuk meletakkan grafik cap jari dalam rekaan seni beg kitar semula Alpro selaras dengan konsep ubat tulen yang dijamin di Farmasi Alpro.
Selain itu, saiz beg ‘No Fake Stuff’ adalah tiga kali ganda lebih besar daripada beg kitar semula yang biasa dan bahan yang diguna adalah jauh lebih tahan lasak.
Untuk menggalakan orang ramai mengguna Beg ‘No Fake Stuff’, pihak pengurusan Alpro membuat keputusan supaya tidak menjual beg ini dan tidak mengambil sebarang keuntungan daripada Beg ‘No Fake Stuff’ ini. Sebaliknya, beg ini akan disewakan kepada pelanggan dengan hanya RM4.99. Wang ini akan dipulangkan kepada pelanggan apabila pelanggan memulangkan beg ini di mana-mana cawangan Farmasi Alpro.
Jika anda ingin menjadi salah seorang yang menyokong konsep sifar sampah, kunjungilah mana-mana Farmasi Alpro yang terdekat dan dapatkan satu Beg ‘No Fake Stuff’ hari ini.
Bumi, unik dan hanya satu sahaja! Kita harus sayangi Bumi kita!