top of page

Mi Segera Yang Diambil oleh Warga Malaysia Dalam 1 Hari Boleh Diaturkan Dari Kuala Lumpur Ke Alor Se


Kajian melaporkan bahawa orang Malaysia mengambil lebih 3.6 JUTA mi segera dalam SATU HARI! Angka ini amat mengejutkan, sekiranya kita menyusun 3.6 JUTA mi segera tersebut dalam satu baris, ianya boleh mencecah 432km (jarak dari Kuala Lumpur ke Alor Setar)!

Seperti tabiat merokok, orang ramai sedar bahawa mi segera adalah tidak baik untuk kesihatan. Namum, mungkin disebabkan factor pengiklanan yang efektif, kesempitan kewangan, ataupun sekadar satu tabiat, pengambilan mi segera di kalangan warga Malaysia berada di tahap yang membimbangkan.



LIMA PERKARA yang anda patut tahu tentang mi segera!

*Di samping mengambil mi segera, kita juga mengambil bersama “by-product” petroleum?

Bahan pengawet mi segera mengandungi sejenis bahan kimia yang dinamakan TBHQ (Tertiary-butyl hydroquinone). TBHQ adalah sejenis “by-product” petroleum yang biasa dijumpai dalam pewangi ataupun racun serangga. Kajian menunjukkan wanita yang mengambil lebih kurang 2 pek mi segera setiap minggu akan berhadapan dengan risiko sindrom metabolic yang lebih tinggi di mana tekanan darah, paras gula, dan paras kolesterol, serta petensi untuk menjadi obes akan meningkat.


*Mi Segera tidak dapat dihadam oleh usus walaupun selepas 2 jam!

Dr. Barden Kuo menjalankan sebuah eksperimen, dan keputusannya sangat mengejutkan. Dalam eksperimen tersebut, kumpulan 1 mengambil mi kuning yang segar dan kumpulan 2 mengambil mi segera yang sama kuantiti. Selepas 2 jam, skop diletak dalam usus peserta dan mereka mendapati mi yang segar sudah dicerna tetapi mi segera masih dalam keadaan asal!

Oleh yang demikian, golongan yang mengalami masalah penghadaman ataupun gastrik seharusnya mengelakkan mi segera.


*Mi Segera Penuh Dengan Kalori, tepai kosong dalam Nutrisi!

Makan bukan sahaja untuk mengenyangkan perut, ia juga suatu cara semula jadi untuk badan mendapatkan nutrisi yang diperlukan. Mi segera diperbuat daripada tepung gandum yang telah diproses dan digoreng dengan minyak lebihan, di mana ia bukan sahaja tinggi dalam kalori malah ia kaya dengan lemak tepu yang memudaratkan kesihatan jantung.


Sekiranya anda ingin menjaga berat badan dengan efektif, kurangkanlah pengambilan mi segera.


*Garam dalam 1 pek mi segera = Galam dalam 415 cawan beras?

Kesatuan Pengguna Pulau Pinang melakukan sebuah eksperimen untuk mengesan kandungan garam bagi 10 paket mi segera berjenama tempatan.


Inilah sebabnya orang yang mengambil mi segera secara berpanjangan berkemungkinan mendapat penyakit darah tinggi. Selain itu, diet yang tinggi dalam sodium juga akan membebankan buah pinggan dan mendehidrasikan badan.



Tip Kesihatan: Mendapati satu bungkus mi segera mengandungi kandungan garam setinggi 1511mg, iaitu 1 sudu kecil garam (6g).





*Apa pula ceritanya dengan MSG?

Perasa dalam mi segera banyak mengandungi MSG, dan sebenarnya MSG boleh juga didapati dalam banyak makanan yang telah diproses seperti burger, sosej, sos salad, dan nugget kerana ia amat murah dan senang didapati. Pengambilan MSG secara banyak dan berpanjangan, berdasarkan kajian, banyak mempengaruhi sel-sel dalam otak. Kajian juga menunjukkan gejala autism ataupun hyperaktif bertambah apabila kanak-kanak mengambil makanan proses yang berlebihan.

Bagi orang dewasa, MSG boleh mengakibatkan seseorang dijangkiti penyakit Alzheimer di mana daya ingatan seseorang semakin lemah.



Mi segera sememangnya sedap dimakan, senang dimasak. Namun, kesihatan adalah asset yang paling penting bagi seseorang dalam mencapai semua kejayaan dalam kehidupan.



MED Your Life
​健康药分享

【健康药分享 MED Your Life】,

是马来西亚获政府认证的

专业药剂师、营养师及

饮食治疗师,一起配合、

撰写及特别推荐的

健康资讯网。


健康,是福分,是无价的。

祈望所提供的健康资讯,

让大家受益无穷。

祝福大家拥有一个健康人生。

 

Med Your Life. 
Healthy, it's a blessing and priceless.

Wishing you have a healthy LiFE forever!!!

Post Category

Top 5 

Recommended Product

59765_Metabolic-VCO_1.jpg
53814_Metabolic-Sauver_1.jpg
61867-01.jpg

Visitors

Let's go for a healthy and vibrant world together!

Never miss an update

Name

Email

VEGESORB MOISTURISING CLEANSING.jpeg
bottom of page