EAT Well EAT Clean
"Puan, betul ke makanan segera boleh menyebabkan kanser? "
"Bagaimana cara nak mengurangkan risiko kanser melalui pemakanan?"
Di sini, suka untuk saya kongsi salah satu faktor penyebab kanser melalui pemakanan ialah acrylamide.
Makanan yg mengandungi acrylamide sangat mudah dikenali seperti:
*Fries, Potato Chips, Sate, Kek
*Nugget, Sosej, Kudap-kudapan yang digoreng menggunakan minyak dalam.
Makin garing satu makanan itu, makin tinggi kandungan acrylamidenya.
Oleh itu, terhadkan pengambilan makanan ini sekurang-kurangnya daripada setiap hari ke sebulan sekali, 2 kali sebulan, atau lebih baik setahun sekali.
Lama lama kita akan terbiasa dan terus mengamalkan pemakanan yang sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih sejahtera.